Ask Dr Toof

Kenapa Pendakap Gigi Kadang-Kadang Sakit?

LAST UPDATED:

October 9, 2025

Category:

Q:

Hai Dr. Toof, apa khabar? Saya bapa kepada seorang anak berumur 12 tahun yang baru pakai pendakap gigi, dan saya perasan dia kadang-kadang mengadu sakit selepas sesi pelarasan. Saya ingin tahu kenapa pendakap gigi boleh rasa sakit, terutamanya sebab pada mulanya dia tak kisah sangat, tapi kemudian kata rasa sakit pula. Saya nak pastikan saya faham apa yang berlaku dan macam mana saya boleh bantu dia untuk hadapi ketidakselesaan ini. Terima kasih banyak atas nasihat!

- Our follower on social media

Hai! Terima kasih sebab bertanya dan menjadi bapa yang prihatin. Bila anak awak pakai pendakap gigi atau pergi sesi pelarasan, memang biasa mereka rasa sakit sikit lepas tu. Ini sebab pendakap gigi sedang buat kerja, gerakkan gigi ke posisi baru. Pergerakan ini bagi tekanan, jadi gusi dan gigi mungkin rasa sakit sikit.

Satu lagi yang perlu diingat ialah permukaan pendakap boleh bergesel dengan bahagian dalam mulut, menyebabkan iritasi atau sakit, terutamanya pada hari-hari awal lepas pelarasan. Macam kasut baru; mungkin rasa tak selesa sampai dah biasa.

Jadi, apa kita boleh buat? Ada cara untuk kurangkan sakit ini. Doktor gigi boleh buat pemeriksaan pada pendakap, dan kalau semuanya ok doktor boleh cadangkan lilin khas. Lilin ni berfungsi untuk tutup mana-mana bahagian pendakap yang mungkin mencucuk atau mencalarkan pipi dan bibir.

Di rumah, ada beberapa petua berguna termasuk bagi anak makan makanan lembut macam bubur atau pisang, dan minta dia berkumur dengan air garam suam untuk tenangkan gusi. Ubat tahan sakit yang ada di farmasi juga boleh bantu kalau rasa sakit berlarutan.

Ingat, kalau sakit tak reda, baik jumpa semula doktor gigi. Mereka akan buat pemeriksaan untuk pastikan semuanya dalam keadaan baik, dan tiada masalah lain. Dengan cara ni, perjalanan pendakap gigi anak boleh jadi lancar!

About The Author

MDC 11249

Bachelor of Dental Surgery (BDS) Jordan University of Science and Technology, 2018

Dr. Athirah is a highly skilled and dedicated dentist with a special focus on dental surgery and endodontics. She co-founded Dr Toof Dental Clinic to stay at the forefront of modern dentistry.

Do you live near Kajang Perdana?

Come visit our clinic and have a chat with our friendly dentists.

Nak tahu harga rawatan gigi?

Sedang survey harga rawatan? Jom semak harga rawatan gigi