Ask Dr Toof
- Our follower on social media
Hai! Terima kasih sebab tanya soalan ni. Ini memang satu perkara biasa yang ramai orang risau, lebih-lebih lagi kalau ada tanggungjawab kerja dan keluarga. Jom kita tengok sikit. Bila awak rasa sakit kat gigi tu, selalunya sebab ada jangkitan atau kerosakan pada saraf gigi. Kalau abaikan, boleh jadi lebih teruk lama-kelamaan. Sakit tu boleh jadi makin kuat, dan mungkin jugak boleh jadi bengkak atau bernanah, dan masalah ni tak akan sembuh dengan sendiri nya.
Kalau doktor awak syorkan rawatan akar gigi dan tak buat, jangkitan tu boleh merebak. Bukan gigi tu je yang terjejas, gigi berdekatan atau tisu-tisu di gusi dan rahang boleh terkesan juga. Paling teruk, awak boleh kehilangan gigi tu. Ini bukan je susah nak kunyah tapi boleh ubah struktur muka lama-lama, boleh efek rupa dan raut wajah awak.
Sementara nak pergi jumpa doktor, ada cara nak kurang sakit sekejap. Ubat tahan sakit yang boleh beli kat farmasi, macam paracetamol atau Panadol tu, boleh bantu. Elakkan makanan yang terlalu panas atau sejuk sebab boleh buat sakit lagi teruk. Kumur dengan air garam suam pun boleh bantu sikit, macam cara tradisional untuk tenangkan dan bersihkan.
Tapi, ni paling penting tau, jumpa doktor gigi yang berhampiran dengan rumah atau pejabat awak. Hanya doktor gigi yang boleh diagnos dan rawat masalah dengan betul, sama ada perlu rawatan akar gigi atau tidak. Semua ini untuk pastikan kesihatan gigi dan keseluruhan sentiasa terjaga. Ini penting bukan untuk kesihatan mulut sahaja, tapi juga kesihatan mental awak. Sakit gigi yang berpanjangan akan mengakibatkan kita kekurangan tidur malam, dan meningkatkan masalah stress harian.
Jadi, nasihat saya? Jangan tunggu lama. Kesihatan mulut dan mental awak sangat penting. Plus, bila jaga gigi, boleh dapat lebih masa yang tenang dan selesa dengan keluarga! Harap ini membantu, dan semoga senyuman awak kembali sembuh lepas ni!
About The Author
MDC 11249
Bachelor of Dental Surgery (BDS) Jordan University of Science and Technology, 2018
Dr. Athirah is a highly skilled and dedicated dentist with a special focus on dental surgery and endodontics. She co-founded Dr Toof Dental Clinic to stay at the forefront of modern dentistry.
Do you live near Kajang Perdana?
Come visit our clinic and have a chat with our friendly dentists.
Popular Questions
Nak tahu harga rawatan gigi?
Sedang survey harga rawatan? Jom semak harga rawatan gigi