Ask Dr Toof

Berapa kos untuk implan gigi di Malaysia?

LAST UPDATED:

May 1, 2026

Category:

Q:

Hi Dr. Athirah, saya tengah fikir nak buat implan gigi. Saya nak tahu berapa kos untuk satu implan gigi di Malaysia. Saya dalam lingkungan umur 30-an dan dah lama ada k kehilangan gigi depan dan pakai gigi palsu. Ada sesetengah keadaan yang buat saya jadi kurang keyakinan nak senyum. Ada yang kata implan gigi boleh jadi penyelesaian yang lebih baik, tapi saya risau juga tentang kosnya. Saya hargai sangat kalau doktor boleh bagi info tentang harga sebab ia boleh bantu saya rancang bajet. Terima kasih!

- Our follower on social media

Hello! Terima kasih sebab tanya soalan. Baguslah sebab awak tengah fikir nak buat tanam gigi untuk tambah baik senyuman dan kesihatan gigi awak. Hari ni saya akan cuba kongsikan sebanyak mungkin info tentang tanam gigi, harga dan kos tanam gigi di Malaysia supaya awak boleh buat keputusan dengan lebih yakin.

Harga Tanam Gigi (Implan Gigi) di Malaysia

Harga implan gigi Malaysia biasanya antara RM7,000 hingga RM15,000 untuk satu gigi. Ini adalah anggaran harga gigi tanam per biji dan boleh berubah bergantung kepada keadaan kes.

Jika awak tertanya berapa tanam gigi untuk satu batang gigi depan atau geraham, anggaran ini adalah standard untuk kebanyakan klinik swasta. Untuk kes implan gigi geraham atau tanam gigi depan, kos mungkin sedikit berbeza bergantung kepada kesukaran rawatan.

Secara umum, harga tanam gigi di Malaysia dipengaruhi oleh jenis implan, pengalaman doktor, dan teknologi yang digunakan.

Apa Faktor Yang Mempengaruhi Kos Tanam Gigi?

Kos implan gigi di Malaysia boleh berbeza kerana beberapa faktor penting:

  • Jenis dan jenama implan – Ini akan memberi kesan kepada harga implant gigi
  • Keadaan tulang rahang – Jika tulang nipis, mungkin perlu rawatan tambahan
  • Kompleksiti kes – Kes lebih sukar akan meningkatkan biaya implan gigi
  • Kepakaran doktor – Pakar biasanya mengenakan harga pasang gigi implan lebih tinggi

Untuk kes tertentu yang perlukan rawatan tambahan seperti bone graft, anda boleh baca lebih lanjut di sini: perlukah bone graft sebelum implan gigi.

Kos X-Ray dan Pemeriksaan Awal

Sebelum mula rawatan untuk gigi implan, doktor biasanya akan buat pemeriksaan termasuk X-ray CBCT. Kos ini sekitar RM250 – RM350. Ini penting untuk memastikan struktur tulang sesuai sebelum prosedur tanam gigi palsu dijalankan.

Kos Bone Graft (Jika Diperlukan)

Dalam sesetengah kes, rawatan tanam gigi memerlukan bone graft. Ini biasanya berlaku jika tulang rahang sudah susut akibat kehilangan gigi lama. Kos bone graft di Malaysia biasanya sekitar RM1,500 – RM3,000, dan ia akan menambah kepada kos rawatan gigi keseluruhan.

Proses Rawatan Tanam Gigi

Proses tanam gigi ini melibatkan beberapa peringkat. Implan akan dipasang ke dalam tulang rahang dan dibiarkan sembuh selama beberapa bulan. Selepas itu, abutment dan crown akan dipasang.

Material crown juga mempengaruhi harga gigi implan, seperti zirconia, porcelain, atau Emax. Walaupun proses ini mengambil masa, hasilnya adalah gigi yang kukuh dan nampak sangat natural, lebih baik berbanding gigi palsu tanam biasa.

Kalau awak hilang lebih daripada satu gigi, boleh baca panduan ini: kos ganti banyak gigi dengan implan.

Pelan Bayaran Ansuran Implan Gigi

Saya faham harga tanam gigi di Malaysia boleh nampak tinggi. Tapi berita baiknya, banyak klinik menyediakan pelan bayaran ansuran.

  • Bayaran dibuat secara berperingkat sepanjang rawatan
  • Tempoh biasanya sekitar 6 hingga 9 bulan
  • Ada klinik menawarkan pakej untuk lebih daripada satu implan

Ini membantu kurangkan beban kewangan dan memudahkan pesakit mendapatkan rawatan tanam gigi tanpa perlu bayar penuh sekaligus.

Akhir sekali, saya nak tekankan—jangan tangguh rawatan. Kehilangan gigi boleh menyebabkan masalah lain seperti susutan tulang dan perubahan gigitan. Dapatkan konsultasi untuk tahu berapa harga implan gigi yang tepat untuk kes awak.

Implan gigi adalah satu pelaburan jangka panjang—bukan sahaja untuk fungsi, tetapi juga keyakinan diri. Harap penjelasan tentang harga dan kos implan gigi ini membantu awak buat keputusan yang terbaik!

About The Author

MDC 11249

Bachelor of Dental Surgery (BDS) Jordan University of Science and Technology, 2018

Dr. Athirah is a highly skilled and dedicated dentist with a special focus on dental surgery and endodontics. She co-founded Dr Toof Dental Clinic to stay at the forefront of modern dentistry.

Do you live near Kajang Perdana?

Come visit our clinic and have a chat with our friendly dentists.

Nak tahu harga rawatan gigi?

Sedang survey harga rawatan? Jom semak harga rawatan gigi