Ask Dr Toof

Bagaimana Cara Kurangkan Sakit Selepas Pakai Braces?

LAST UPDATED:

October 9, 2025

Category:

Q:

Hai Dr. Toof, harap doktor sihat! Saya baru-baru ini membawa anak lelaki saya ke klinik untuk pasang braces, dan saya perasan dia agak sakit selepas itu. Sebagai ibu, saya risau tengok dia tak selesa, dan ingin tahu macam mana kami boleh kurangkan sakit tu. Ada tak tips atau petua yang doktor syorkan untuk kurangkan ketidakselesaan selepas pakai braces? Terima kasih!

- Our follower on social media

Hai! Terima kasih sebab hubungi kami. Saya faham betul keprihatinan awak—bila anak rasa tak selesa, kita pun risau. Lepas pasang braces, anak awak mungkin rasa sakit sikit. Ini normal sebab braces sedang betulkan posisi gigi dia, jadi sikit rasa sakit tu tanda benda ni berkesan. Ramai pesakit, tak kira kanak-kanak atau dewasa, rasa benda yang sama, jadi awak tak keseorangan.

Untuk kurangkan sakit, awak boleh bagi dia ubat penahan sakit yang boleh dibeli di kedai macam paracetamol atau panadol. Pastikan ikut arahan pada bungkusan atau ikut nasihat doktor tentang dos. Petua lain yang mudah adalah suruh dia berkumur dengan air garam suam. Ini boleh tenangkan bahagian gusi yang tak selesa.

Untuk makanan, boleh bagi dia makan benda-benda lembut dulu. Cuba bagi yogurt, kentang lenyek, atau smoothie dan sup. Semua ni lembut pada gigi dan takkan buatkan sakit tu bertambah. Mungkin elok elakkan makanan rangup atau keras sampai dia rasa ok sikit. Cuba juga tuam sejuk pada pipi dia. Balutkan ais dalam kain dan biar dia pegang pada pipi selama lebih kurang 15-20 minit. Ini boleh bantu kurangkan bengkak dan kebaskan kawasan tu sikit.

Akhir sekali, penting untuk perhatikan sakit tu. Kalau sakit berpanjangan atau makin teruk, sila hubungi doktor gigi. Kadang-kadang, penyesuaian perlu dibuat untuk pastikan braces tu selesa dan berfungsi dengan betul. Jangan risau, it’ll be worth it bila dia dah ada senyuman yang cantik!

About The Author

MDC 11249

Bachelor of Dental Surgery (BDS) Jordan University of Science and Technology, 2018

Dr. Athirah is a highly skilled and dedicated dentist with a special focus on dental surgery and endodontics. She co-founded Dr Toof Dental Clinic to stay at the forefront of modern dentistry.

Do you live near Kajang Perdana?

Come visit our clinic and have a chat with our friendly dentists.

Nak tahu harga rawatan gigi?

Sedang survey harga rawatan? Jom semak harga rawatan gigi