Ask Dr Toof

Kenapa Gigi Saya Tetap Kuning Walaupun Saya Berus Gigi Tiap Hari?

LAST UPDATED:

October 9, 2025

Category:

Q:

Hi Dr. Toof, saya ada soalan. Saya perasan gigi saya makin kuning walaupun saya gosok dua kali sehari, macam selalu saya buat. Saya amalkan pemakanan seimbang dan berhati-hati dengan makanan manis, tapi masih tak tahu kenapa ini berlaku. Saya mula risau sebab isteri ada komen tentang warna gigi saya juga. Harap Dr. dapat bagi nasihat kenapa gigi jadi kuning walaupun rajin gosok dan apa yang boleh saya buat untuk perbaiki warna gigi. Terima kasih banyak!

- Our follower on social media

Hai! Terima kasih dah tanya dan bagus dengar yang awak ambil berat tentang kesihatan gigi. Sebenarnya, walaupun gosok gigi dengan kerap, ada beberapa sebab kenapa gigi boleh nampak kuning. Kadang-kadang, genetik main perananan. Ada orang memang gigi dia lebih kuning sikit. Kalau suka minum kopi atau teh, minuman ni boleh melekat pada gigi dan tambah kekuningan. Jangan lupa, bila usia makin meningkat, enamel lapisan luar yang putih tu boleh menipis, dan nampaklah dentin yang kuning sikit kat bawah tu.

Untuk cara cepat, cuba guna ubat gigi pemutih sebab dia boleh tolong buang kotoran kat permukaan. Lepas minum minuman yang boleh buat gigi berkesan, cuba bilas mulut dengan air. Kurangkan minuman macam teh atau kopi mungkin sedikit sebanyak membantu.

Untuk penyelesaian yang lebih kekal, pergi jumpa doktor gigi mungkin pilihan terbaik. Rawatan pemutihan gigi profesional lebih berkesan dan tahan lama dari produk di kedai. Lagi pun, doktor gigi boleh tengok kalau ada masalah lain, macam hakisan enamel, yang mungkin pengaruh warna gigi awak.

Jangan lupa pentingnya pemeriksaan gigi secara berkala. Sebab awak dan isteri awak perasan perubahan, bagus kalau dapatkan nasihat pakar. Doktor gigi boleh bagi cadangan yang selamat dan berkesan untuk kekalkan kesihatan gigi awak.

Ingat, kesihatan gigi sangat penting dalam hubungan suami isteri. Ini peluang baik untuk tunjuk pada anak anak juga betapa pentingnya jaga kesihatan dan kebersihan diri. Jadikan pemeriksaan gigi rutin keluarga supaya senyum ceria, dan tabiat sihat sepanjang hayat!

About The Author

MDC 11249

Bachelor of Dental Surgery (BDS) Jordan University of Science and Technology, 2018

Dr. Athirah is a highly skilled and dedicated dentist with a special focus on dental surgery and endodontics. She co-founded Dr Toof Dental Clinic to stay at the forefront of modern dentistry.

Do you live near Kajang Perdana?

Come visit our clinic and have a chat with our friendly dentists.