Mencari Rawatan Akar Gigi di Kajang?

Rawatan profesional untuk selamatkan gigi anda yang sakit, tanpa perlu cabut.

Kami menerima bayaran ansuran melalui kad kredit, Shopee Pay Later dan Grab Pay Later

Harga Rawatan Akar Gigi Berpatutan

Anterior Tooth RCT

(Front tooth)

2-3 Sessions

RM 600 - 700

(From RM200/session)

Premolar Tooth RCT

(Side tooth)

2-3 Sessions

RM 800 - 1200

(From RM300/session)

Molar Tooth RCT

(Back tooth)

2-3 Sessions

RM 1300 - 1800

(From RM500/session)

Emergency Pulp Extirpation

(Emergency pain relief)

1 Session

RM 180 - 450

Apa Kata Komuniti Kajang Tentang Dr Toof?

Pelanggan kami suka dengan layanan mesra yang diberikan oleh doktor doktor kami dan staf-staf di klinik kami. Sebaik anda melangkah ke pintu masuk klinik kami, anda akan merasai keselesaan sehingga rawatan selesai.

Google Review

Klinik Pergigian Dr Toof (Kajang Perdana)

5.0 Stars

Ruang Klinik Yang Cantik

Ramai orang kata ruang menunggu klinik kami ni sangat menenangkan. Rasa macam di hotel.

Bilik Rawatan Yang Selesa

Bilik rawatan yang wangi macam spa, ada muzik dan TV untuk membantu anda relaks.

Harga Yang Jelas

Pada kami, setiap pesakit perlu mendapat info yang secukupnya tentang kos dan harga. Tiada kejutan!

Bayaran fleksibel di Dr Toof, Jom rawat gigi anda segera!

Kenapa ramai memilih Dr Toof?

Doktor yang mesra, lemah lembut & teliti

Berpengalaman dalam Rawatan Endodontics

Suasana klinik yang selesa macam spa hotel

Sesuai untuk pesakit yang ada anxiety berjumpa doktor gigi

Jangan tunggu sampai terlambat. Makin anda tangguh, gigi anda semakin rosak. Rawatan akan jadi lebih susah & mahal.

Soalan Berkaitan Rawatan Akar Gigi

Adakah rawatan akar gigi sakit?

Rawatan akar gigi tidak sepatutnya sakit. Dengan bius moden & teknik rawatan yang cermat dan cekap, anda hanya rasa kebas. Ramai pesakit terkejut sebab lebih selesa dari jangkaan. Selepas rawatan dan bius sudah tidak ada, anda mungkin akan rasa berdenyut sedikit pada kawasan gigi tersebut sehingga keesokan harinya.

Berapa lama proses rawatan akar gigi?

Biasanya 1–2 jam untuk satu sesi rawatan akar gigi di klinik kami, dan boleh siap dalam 2-3 lawatan.

Adakah saya perlu crown selepas rawatan akar gigi?

Bergantung pada keadaan sebenar gigi asal yang telah rosak. Jika tahap kerosakan sangat teruk dna hanya tinggal sedikit sahaja bahagian gigi yang dapat diselamatkan, biasanya disarankan buat crown, supaya gigi lebih kuat & tak mudah patah. Jika masih ada banyak bahagian gigi asal yang selamat selepas rawatan akar gigi, tampalan gigi komposit yang berupa realistik akan digunakan.

Kenapa perlu buat rawatan akar gigi? Kenapa tak cabut saja gigi yang sakit?

Cabutan gigi memang lebih mudah dan murah berbanding rawatan akar gigi. Tetapi risiko dan kos selepas mencabut gigi tu yang perlu kita fahami. Selepas satu gigi dicabut, gigi-gigi yang lain akan mula bergerak untuk memenuhi ruangan kosong. Hal ini akan mengubah bentuk susunan gigi kita.

Untuk mengelakkan gigi bergerak, kita perlu buat gigi palsu yang berharga RM500 ke atas untuk satu gigi, atau implan gigi yang berharga lebih kurang RM7,000 – RM12,000. Sangat mahal untuk selesaikan masalah kekurangan gigi ini.

Oleh itu, kami akan mencuba sebaik mungkin untuk menyelamatkan gigi kekal anda melalui rawatan akar gigi supaya kesihatan mulut secara menyeluruh lebih mudah dan murah untuk dicapai.

Ada soalan nak tanya dulu? Boleh...

Tak pasti harga dan kos rawatan? Ada soalan nak tanya dulu? Boleh...